| INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL

UPM menawarkan pelbagai program pengajian pascasiswazah sebagai langkah untuk menjadikan Malaysia hab kecemerlangan pengajian tinggi pada peringkat serantau dan antarabangsa. UPM sentiasa berusaha untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek akademik dan etika kerana golongan ini bakal menjadi perantara untuk meningkatkan citra dan nama UPM ke persada dunia. UPM pada waktu ini mempunyai peratusan staf akademik dengan kelulusan PhD yang tertinggi berbanding Universiti awam lain di Malaysia. Kami juga menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada pelajar dari lebih 60 buah negara agar mereka dapat merasai sendiri pengalaman yang berharga ini.

Universiti Putra Malaysia (UPM) amat menitikberatkan keperluan dan keselesaan pelajar semasanya iaitu pelajar yang sedang menjalankan pengajiannya di UPM. Justeru, UPM menyediakan pelbagai kelengkapan teknologi dan juga kemudahan bagi menjamin keselesaan para pelajar.

Selain daripada itu, pelbagai program dan aktiviti bukan akademik dijalankan untuk pelajar semasa agar mereka berasa gembira semasa berada di UPM dan sekaligus dapat menyeimbangkan pencapaian akademik dan pembangunan insaniah untuk kehidupan lestari.

Bagi yang berminat untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai Persatuan Alumni UPM, boleh layari Laman Web Rasmi Pusat Alumni pada bila-bila masa. 

 
W, (06:11:37am-06:16:37am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]