Serdang, 27 Februari 2025 – Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Virtual Halal Mobility (VHM) 2025 bertemakan “Halal Supply Chain in Supporting the Food Security Agenda” secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.
Program separuh hari ini menghimpunkan pakar industri, penyelidik, ahli akademik dan pelajar daripada tujuh buah negara bagi membincangkan peranan rantaian bekalan halal dalam menyokong keselamatan makanan global serta penerapan teknologi seperti AI, IoT dan Blockchain dalam sistem halal moden.
Seramai 259 peserta daripada pelbagai latar belakang telah menyertai program ini yang turut menampilkan penceramah dari Amerika Syarikat, Indonesia, Singapura dan Malaysia.
Menurut Prof. Ir. Dr. Yus Aniza Yusof, Pengarah IPPH merangkap Pengarah Program, penganjuran ini memperkukuh kerjasama rentas sempadan dan mempromosikan program pengajian siswazah IPPH di peringkat antarabangsa.
Program ini menerima 94% maklum balas positif, menunjukkan impak dan keberkesanan VHM sebagai platform ilmu dan jaringan global dalam bidang halal.
Tarikh Input: 06/10/2025 | Kemaskini: 06/10/2025 | hafizahlatip

Putra Infoport, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang Selangor