
11 Jun 2024 - Wakil dari Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) bersama CEO@IPPH, Pn. Hajah Megawati Suzari, Pengarah, Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik dan Kawal Selia, Fonterra Brands Malaysia Sdn. Bhd., telah menghadiri Sesi Townhall Dasar Halal Negara 2025-2035 (Zon tengah) yang telah diadakan di The Everly, Putrajaya. Dasar Halal Negara 2025-2035 merupakan strategi jangka panjang negara bagi mewujudkan ekosistem halal yang lebih holistik dan kondusif serta menjamin Malaysia kekal sebagai peneraju halal global. Di dalam sesi tersebut, beberapa komponen berkaitan seperti sistem perundangan dan kawal selia, pengurusan produk dan perkhidmatan import, penyelidikan halal dan analisis makmal, hukum dan fatwa, manfaat dan pulangan ekonomi telah dibincangkan dan pelbagai pihak telah memberi dan berkongsi pandangan dalam perbincangan tersebut.
Tarikh Input: 14/06/2024 | Kemaskini: 14/06/2024 | salehan

Putra Infoport, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang Selangor