Majlis Pelancaran Eksa IPPH | INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL
» BERITA » Majlis Pelancaran Eksa IPPH

Majlis Pelancaran Eksa IPPH

     

Serdang, 09 Ogos 2022- Sempena pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Tahun 2022, untuk memastikan keterlibatan IPPH secara aktif , satu majlis pelancaran EKSA  diperingkat PTJ telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IPPH , Professor. Ir . Dr. Yus Aniza Yusof pada 9 ogos 2022 lepas. Dalam ucapan pembukaan, beliau telah mengucapkan tahniah kepada semua pekerja di IPPH yang komited untuk melaksanakan EKSA yang telah tertangguh selama 2 tahun kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan pendemik Covid-19 sebelum ini. Di samping itu beliau turut menyeru agar pelaksanaan EKSA ini menerapkan idea yang kreatif dan inovatif melalui bahan kitar semula bagi menyokong hasrat universiti memperluaskan amalan hijau dan kempen penjimatan. Sebelum itu sesi penerangan perlaksanaan Eksa telah disampaikan oleh Dr. Noor Hamzani Farizan , fasilitator  Eksa UPM dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan ,UPM. Majlis berakhir dengan acara memotong riben Bunting Pelancaran Eksa IPPH yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IPPH.

 

Tarikh Input: 18/08/2022 | Kemaskini: 19/08/2022 | salehan

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691426
0389439745
SXEUBAO~