Lawatan Peserta GC-FID IPPH | INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL
» BERITA » Lawatan Peserta GC-FID IPPH

Lawatan Peserta GC-FID IPPH

 

24 April 2024 UPM SERDANG - Seramai 17 orang peserta dari UM, UniSZa, MAHSA University, Monash University, Jabatan Kimia Malaysia, Hasanuddin University, Indonesia dan UPM telah mengikuti latihan yang dianjurkan oleh Laboratori Penyelidikan Sains Halal (LAPSAH), IPPH bertajuk "FAME Analysis Using Gas Chromatography - Flame Ionization Detector (GC-FID).  Latihan praktikal dan ceramah telah disampaikan oleh En. Abdul Jalal bin Bilal dari RSS Industries Sdn. Bhd. yang merangkumi aspek asas GC-FID, pemasangan kolum, analisa sampel, analisia data dan pengesanan kerosakan (trouble shooting). Peserta telah memberikan maklumbalas yang memberangsangkan dan komen-komen yang membina untuk penambahbaikan program di masa hadapan. Keesokan harinya, 5 orang peserta bengkel dari Hasanuddin University, Indonesia telah dibawa melawat ke kampus UPM dan sekitarnya, iaitu Ladang 10 (penternakan lebah kelulut), Ladang 16 (penternakan rusa) dan Muzium Warisan Melayu UPM (mengenali sejarah warisan Melayu di Malaysia). Penutup hari kedua adalah interaksi pelajar bersama Ketua LAPSAH (Dr. Amalia Mohd. Hashim). Maklumbalas yang diterima daripada pelajar tersebut adalah sangat memuaskan dan rata-rata melahirkan pandangan bahawa kunjungan mereka ke sini adalah suatu pengalaman yang sangat berguna buat meka.

Tarikh Input: 25/04/2024 | Kemaskini: 25/04/2024 | fauzibosri

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691426
0389439745
SXFFXAn~