Lawatan Ke Ladang Tin AFTA BENEFIGS | INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL
» BERITA » Lawatan ke Ladang Tin AFTA BENEFIGS

Lawatan ke Ladang Tin AFTA BENEFIGS

FELDA Sungai Tengi Selatan, Kuala Kubu Bharu, 6 Ogos – Seramai 6 orang pegawai dari Laboratori Polisi dan Pengurusan Halal telah mengadakan sesi lawatan ke ladang  buah tin Afta Benefigs. Lawatan ini bertujuan untuk memenuhi jemputan dari pihak Afta Benefigs serta mendorong asas hubungan kerjasama dengan pihak dari bidang industri pertanian bagi membangunkan tatacara pengendalian piawai secara organik di Malaysia. Kedatangan pegawai ke ladang telah disambut mesra oleh pekerja ladang dan juga En Hafidz yang merupakan pemilik kepada ladang ini.   Lawatan ini telah memberi pendedahan kepada pegawai pegawai tentang kaedah pengurusan ladang organik yang dijalankan di Afta Benefigs. Hal ini telah mewujudkan salah satu bentuk jaringan kerjasama yang baru antara IPPH dan Afta Benefigs.

Tarikh Input: 25/11/2020 | Kemaskini: 25/11/2020 | salehan

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691426
0389439745
SXEaEAQ~