Kursus Halal Eksekutif Siri Ke-11 (2025) | INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL
» BERITA » Kursus Halal Eksekutif Siri ke-11 (2025)

Kursus Halal Eksekutif Siri ke-11 (2025)

Kursus Halal Eksekutif Siri ke-11 (2025) anjuran Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) dengan kerjasama UPM Education and Training Sdn Bhd (UPMET), Halal Development Corporation Berhad (HDC) serta Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM, telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat dan komitmen selama 8 hari, bermula dari 5 hingga 27 Julai 2025, setiap Sabtu dan Ahad!
 
Bengkel ini bertujuan untuk memperkukuh pengetahuan berkaitan prosedur, dokumentasi, audit, serta pensijilan Halal Malaysia. Ia turut menjadi platform terbaik untuk peserta menjalin rangkaian profesional dalam bidang halal. 
 
💡 Antara pengisian menarik sepanjang bengkel:
📚 Sesi teori & praktikal
📝 Latihan penyediaan dokumen halal
🔍 Simulasi audit dalaman
🎙️ Perkongsian ilmu bersama pakar industri
 
Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada semua peserta, fasilitator, dan urus setia yang telah menjayakan bengkel ini. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh akan terus memberi manfaat dan impak positif kepada institusi kita.
 

Tarikh Input: 04/08/2025 | Kemaskini: 04/08/2025 | fauzibosri

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691426
0389439745
W, (08:17:26am-08:22:26am, 05 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]