HPRI UPM Wins Award In Conjunction With World Halal Week | INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL
» BERITA » HPRI UPM Wins Award in conjunction with World Halal Week

HPRI UPM Wins Award in conjunction with World Halal Week

Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh

KUALA LUMPUR, 4 April - Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih anugerah Penyelidikan dan Sains Halal dalam Anugerah Kecemerlangan Halal 2018 sempena World Halal Week 2018 (WHW) di Kuala Lumpur.

Pengiktirafan diberi kepada empat syarikat termasuk UPM, badan penyelidikan, agensi penyiaran serta individu atas pencapaian ulung masing-masing dalam industri halal dunia.

Anugerah yang dianjurkan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) memilih UPM kerana idea inovasi, usaha dan komitmen dalam mempelopori pembangunan dan penyelidikan halal melalui sains dan teknologi.

Trofi UPM disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan kepada Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris. Wakil UPM yang turut hadir ialah Pengarah IPPH Prof. Dr. Shuhaimi Mustafa.

Organisasi lain yang turut menerima anugerah ialah Brahim's Holdings Bhd, McDonalds Malaysia, The Human Resource Development Fund, Nestle Malaysia, Mamee Double-Decker Malaysia dan stesen televisyen NHK Japan.

Anugerah Kecemerlangan Halal 2018 juga memberi penghargaan kepada penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Ekonomi) UPM tahun 2009, ahli sains politik Thailand, Allahyarham Tan Sri Dr Surin Abdul Halim Ismail Pitsuwan yang juga bekas Menteri Luar Thailand dan Setiausaha Agung ASEAN, menerusi Anugerah Khas, atas impak positifnya dalam pembangunan industri halal.

WHW 2018 yang bertema 'Membangun untuk Masa Depan' dianjurkan HDC, agensi pusat di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

WHW 2018 merangkumi tiga komponen utama iaitu Persidangan Halal Dunia (WHC) 2018 selama dua hari anjuran HDC yang bermula hari ini; Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) (4-7 April) oleh Matrade serta Perhimpunan Halal Antarabangsa Malaysia (MyHA) (26 Mac-3 April) dihoskan oleh Jakim.

 

 

Tarikh Input: 01/10/2018 | Kemaskini: 01/10/2018 | salehan

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691426
0389439745
SXEYKAo~