Bengkel Texture Analyzer 2018 | INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL
» BERITA » Bengkel Texture Analyzer 2018

Bengkel Texture Analyzer 2018

Laboratori Penyelidikan Sains Halal (LAPSAH), IPPH dengan kerjasama syarikat Lee Hung Scientific Sdn Bhd telah menganjurkan bengkel Texture Analyzer pada 19 -20 Sept 2018. Bengkel ini telah berlangsung selama dua  hari di dalam Bilik Seminar IPPH dengan penyertaan oleh 10 orang peserta terdiri daripada pelajar UPM, staf MARDI, MPOB dan Ajinomoto. Objektif bengkel adalah untuk mendedahkan kepada peserta aplikasi alat Texture Analyser dan menentukan teknik yang betul dalam penggunaan alat tersebut. Di akhir bengkel, semua peserta sangat berpuas hati dengan perjalanan bengkel serta perkongsian maklumat yang lengkap oleh penceramah, Mr Robert Yu (Jurutera Aplikasi, Lee Hung Singapura).

Tarikh Input: 01/10/2018 | Kemaskini: 01/10/2018 | salehan

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691426
0389439745
SXDdQAc~