Bengkel Pengendalian Alatan Gas Chromatography Mass Spectrometer (GCMS) Dan Kemometrik | INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL
» BERITA » Bengkel Pengendalian Alatan Gas Chromatography Mass Spectrometer (GCMS) dan Kemometrik

Bengkel Pengendalian Alatan Gas Chromatography Mass Spectrometer (GCMS) dan Kemometrik

Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) dengan kerjasama Konsortium Institut Halal IPTA Malaysia (KIHIM) telah menganjurkan Bengkel Pengendalian Alatan Gas Chromatography Mass Spectrometer (GCMS) dan Kemometrik pada 1 -3 Oktober 2019. Bengkel ini telah berlangsung selama tiga hari di dalam Bilik Seminar IPPH dan Bilik GCMS dengan penyertaan sebanyak 12 orang untuk Bengkel GCMS dan 18 orang untuk Peserta Kemometrik. Kesemua peserta adalah terdiri daripada pelajar & staf UPM, staf MARDI dan pelajar UNIMAP. Objektif bengkel adalah untuk mendedahkan kepada peserta aplikasi alat GCMS, menentukan teknik yang betul dalam penggunaan alat tersebut serta teknik untuk analisis data. Di akhir bengkel, semua peserta sangat berpuas hati dengan perjalanan bengkel serta perkongsian maklumat yang lengkap oleh tiga penceramah iaitu Dr Muhamad Shirwan Abdullah Sani, Dr Mohd Hafis Yuswan Mohd Yusoff dan Dr Yanty Noorzianna Abdul Manaf.

 

    

Tarikh Input: 14/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | salehan

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691426
0389439745
SXEaIAH~