BACK-TO-BACK TRAINING WORKSHOPS ON HALAL DI SINGAPURA | INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL
» BERITA » BACK-TO-BACK TRAINING WORKSHOPS ON HALAL DI SINGAPURA

BACK-TO-BACK TRAINING WORKSHOPS ON HALAL DI SINGAPURA

    

 

SINGAPURA, 16 Oktober - Southeast Asian Regional Center for Graduate Study and Research in Agriculture (SEARCA) telah berkolaborasi dengan Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) serta Majlis Ugama Islam Singapore (MUIS) untuk mengadakan bengkel berkaitan Halal iaitu Back-to-Back Training Workshops on Halal Slaughtering and Certification and Halal Executive and Management. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kapasiti professional Halal, pengamal, penggubal dasar dan pemain utama yang lain dan pihak berkepentingan mengenai penyembelihan dan pensijilan Halal dengan tumpuan kepada Singapura; meningkatkan pertukaran pengetahuan dan maklumat serta mengembangkan lagi kemahiran pemain utama industri Halal di rantau ASEAN; dan terokai potensi kerjasama untuk pembangunan berterusan industri Halal di rantau ini.

Bengkel ini telah diadakan pada 16-19 Oktober 2023 di Parkroyal on Kitchener Road, Singapura. Seramai 43 peserta dari MUIS telah menghadiri Training Workshops on Halal Slaughtering and Certification manakala seramai 25 wakil dari Kumpulan Kerja Teknikal ASEAN mengenai makanan Halal (TWGHF), penyelidik Halal, ahli akademik, pemain industri, dan pegawai dari pensijilan dan kawal selia badan/kementerian dari ASEAN telah hadir ke Training Workshops on Halal Executive and Management.

Tarikh Input: 31/10/2023 | Kemaskini: 31/10/2023 | salehan

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691426
0389439745
SXEdOAH~