Halal Executive Course | HALAL PRODUCTS RESEARCH INSTITUTE
» SERVICES » Training » Halal Executive Course

Halal Executive Course




PENGENALAN

Kesedaran masyarakat terhadap aspek kebersihan dan kesucian semasa membuat pemilihan untuk pembelian barangan pengguna di pasaran kini semakin meningkat. Tahap kebersihan serta pensijilan halal ke atas produk juga menjadi ukuran bagi setiap barang yang ingin dibeli atau digunakan oleh pengguna terutamanya pengguna muslim. Faktor ini menyebabkan peningkatkan ke atas permintaan produk-produk berstatus halal dalam pasaran. Justeru itu, pendedahan mengenai kaedah Pensijilan Halal adalah penting kepada eksekutif halal dan usahawan untuk meningkatkan lagi  pengeluaran produk berstatus halalan toiyiban yang berkualiti untuk dipasarkan.

Sejajar dengan usaha kerajaan Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat Produk Halal (Halal Hub), program ini dapat memberi pendedahan kepada para peserta tentang elemen-elemen kebersihan dan kesihatan dalam kehidupan muslim selaras dengan prinsip halalan toyyiba.

OBJEKTIF

1.    Untuk meningkatkan keupayaan memahami aspek halal dan haram terutamanya asas-asas kepada syariah dan sains berkaitan isu Halal kepada para peserta

2.    Program ini memberikan penerangan dan penjelasan mengenai konsep halalan toyyiban berlandaskan Syarak serta mematuhi standard MS 1500:2009.

3.    Selain itu, program ini mampu memupuk sikap dan nilai-nilai murni seperti mementingkan kebersihan, keselamatan makanan dan seumpamanya

 

 

Save

Updated:: 25/04/2017 [salehan]

MEDIA SHARING

HALAL PRODUCTS RESEARCH INSTITUTE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471426
0389439745
C1501036189