Inovasi Produk Halal | INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL halal
» PENYELIDIKAN » Program Penyelidikan » Inovasi Produk Halal

Inovasi Produk Halal





Program          : Inovasi Produk Halal
Ketua Program :
Sinopsis :
Penyelidikan yang akan dijalankan di bawah program penyelidikan ini akan memberi tumpuan kepada penghasilan proses alternatif menggunakan sumber halal bagi menggantikan sumber yang mempunyai unsur-unsur tidak halal pada masa kini. Contoh kajian yang dijalankan adalah seperti penyelidikan enzim alternatif halal bagi menggantikan enzim yang tidak halal. Selain itu, program penyelidikan ini juga akan memberi tumpuan terhadap isu alkohol dalam makanan dan minuman yang terdapat dalam pasaran. Pada masa yang sama, kajian juga akan tertumpu kepada pencarian bahan/material alternatif seperti gelatin gentian halal, enzim daripada sumber tumbuhan dan lain-lain lagi. Penyelidikan yang terlibat di dalam program ini akan memberi tumpuan untuk menangani masalah sumber protein dan lipid yang tidak halal. Oleh yang demikian, kajian yang akan dijalankan akan memberi penekanan terhadap inovasi sumber protein dan lipid yang halal. Contohnya adalah seperti penghasilan emulsifier daripada sumber lipid yang halal tetapi boleh menyamai sifat-sifat emulsifier daripada sumber yang tidak halal.

 

Save

Kemaskini:: 10/08/2023 [salehan]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691426
0389439745
X, (09:19:13am-09:24:13am, 18 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]