UPM Dan SEARCA Kembang Industri Halal Bersama Filipina | HALAL PRODUCTS RESEARCH INSTITUTE
» NEWS » UPM dan SEARCA kembang industri halal bersama Filipina

UPM dan SEARCA kembang industri halal bersama Filipina

 
                
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
PUTRAJAYA, 4 September – Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pusat Serantau Asia Tenggara untuk Pengajian Siswazah dan Penyelidikan Pertanian (SEARCA) mengembangkan industri halal bersama pemain industri Filipina menerusi bengkel ‘International Research Knowledge on Halal Industry Program’ selama 11 hari di Everly Hotel, di sini bermula hari ini. Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) UPM, Prof. Dr. Awis Qurni Sazili berkata, bengkel ini membuka peluang potensi industri halal khasnya kepada pengamal, penggubal dasar dan pihak berkepentingan di negara Filipina. Katanya, menerusi bengkel ini beberapa isu halal yang besar akan dibincangkan antaranya standard halal dan prosedurnya, pensijilan halal dan Sistem Jaminan Halal (HAS), sistem kewangan muamalat dan pelancongan.“Apabila selesai program ini, para peserta akan kembali semula ke negara Filipina dan akan menyebarkan ilmu serta pengetahuan halal ini di negara mereka. Ini akan mencetuskan lebih banyak kerjasama antara UPM dan Filipina khasnya dalam mengembangkan sektor halal dunia.
 
“Sektor halal di Filipina kini sedang membangun terutamanya di Selatan negara tersebut kerana kebanyakkan penduduk di situ beragama Islam. Jadi kesedaran di sini sudah ada dan dalam masa terdekat ini pengetahuan halal ini akan dikembangkan di daerah lain di sana,” katanya. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM, Prof. Dr. Ir. B.T. Hang Tuah Baharudin berkata, kerjasama bersama UPM-IPPH ini menerokai bidang pengetahuan antarabangsa mengenai program halal bahkan membuka jalan bagi pertumbungan sektro halal. Seorang peserta, Normina Abubakar, 26, yang merupakan guru di Mindanao State University, Tawi-Tawi, Filipina berkata, beliau berharap untuk mendapatkan input berkenaan pensijilan halal khususnya untuk dimanfaatkan kepada masyarakat Islam. “Saya ingin membangunkan industri halal di Filipina agar lebih banyak pelancong boleh datang serta merasai keunikan makanan kami tanpa ragu terutamanya kepada pelancong beragama Islam,” katanya. - Sumber berita - UPM

Date of Input: 04/10/2023 | Updated: 05/10/2023 | salehan

MEDIA SHARING

HALAL PRODUCTS RESEARCH INSTITUTE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691426
0389439745
SXEcCAS~