Program Virtual Halal Mobility 2021 | HALAL PRODUCTS RESEARCH INSTITUTE
» NEWS » Program Virtual Halal Mobility 2021

Program Virtual Halal Mobility 2021

Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Program Virtual Halal Mobility 2021 pada 24 hingga 25 Ogos 2021 yang lalu. Program ini dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Webex dan disiarkan secara langsung di Facebook Rasmi Institut Penyelidkan Produk Halal (IPPH). Program ini turut dianjurkan secara bersama dengan Institut Pertanian Bogor (IPB) Indonesia; Universiti Chulalongkorn, Thailand; dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei. Antara objektif Program Virtual Halal Mobility ini adalah untuk memberi peluang kepada peserta untuk memperolehi pengalaman dan pengetahuan berkaitan industri dan penyelidikan halal; memperluaskan perkongsian penyelidikan dan inovasi dalam bidang penyelidikan dan industri halal di peringkat antarabangsa; menjalinkan hubungan kerjasama diantara para graduan, ahli akademik, penyelidik dan pemain industri; serta memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kefahaman mengenai isu dan perspektif halal global di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Brunei.

Program tersebut turut menjemput penceramah-penceramah dalam industri halal dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Brunei. Program Virtual Halal Mobility 2021 ini diadakan secara percuma dan telah disertai oleh seramai 743 orang peserta berdaftar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang; Pelajar Sarjana dan Pascasiswazah, Staf, Penyelidik, Ahli Akademik, Industri dan Komuniti. Semasa program berlangsung seramai 295 peserta telah menggunakan pautan  Webex manakala lebih 2000 pengguna telah melayari rangkaian Facebook IPPH termasuk pautan dari Facebook Universiti Putra Malaysia untuk menonton VHM 2021 sehingga kini.

Program ini berjaya dilaksanakan dibawah kelolaan Prof. Ir. Dr. Yus Aniza Yusof selaku Pengarah Program dan disokong dengan kerjasama daripada pakar-pakar dalam bidang halal yang dilantik sebagai penceramah jemputan iaitu:-

  1. Dr. Shuhaimi Mustafa, former Director, Halal Products Research Institute, UPM / Dean, Faculty of Biotechnology and Science Biomolecule, UPM
  2. Encik Othman Md Yusoff, Head of Halal Affairs, Nestle (Malaysia)
  3. Ustaz Mohd Amri Abdullah, Prominent Halal TV presenter, formerly works in JAKIM, and currently Islamic Affairs Officer in the Islamic Affairs Unit, in Ministry of Health (MOH)
  4. Roziatul Akmam Osman @ Pn. Rozi, Halal Industry Subject Matter Expert Rozi Osman International PLT
  5. Dr. Khaswar Syamsu, Director of Halal Science Research Center, Institut Pertanian Bogor (IPB), Indonesia.
  6. Madya Dr. Nurdeng Deuraseh, Deputy Director of Halalan Thayyiban Research Centre, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei.
  7. Dr. Winai Dahlan, Founding Director of The Halal Science Center (HSC), Chulalongkorn University, Thailand.

Date of Input: 17/11/2021 | Updated: 17/11/2021 | salehan

MEDIA SHARING

HALAL PRODUCTS RESEARCH INSTITUTE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691426
0389439745
SXDdPAq~