Lawatan Delegasi Dari Institut Pertanian Bogor (IPB) Universiti Indonesia Ke Institut Penyelidikan Produk Halal, UPM | HALAL PRODUCTS RESEARCH INSTITUTE
» NEWS » Lawatan Delegasi Dari Institut Pertanian Bogor (IPB) Universiti Indonesia ke Institut Penyelidikan Produk Halal, UPM

Lawatan Delegasi Dari Institut Pertanian Bogor (IPB) Universiti Indonesia ke Institut Penyelidikan Produk Halal, UPM

     
 
SERDANG, 8 Nov 2023 - Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) UPM telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Institut Pertanian Bogor (IPB) Universiti, Indonesia yang diwakili oleh Prof. Dr. Ir. Iskandar Z. Siregar, Timbalan Rektor, Jaringan Global, Kolaborasi dan Perhubungan Alumni serta Prof. Dr. Ir. Anas Miftah, Ketua Institut Penyelidikan Antarabangsa untuk Teknologi Maju. Turut serta mengiringi delegasi ini adalah Prof. Dr. Muhammad Firdaus, Atase Pendidikan dan Kebudayaan, Kedutaan Republik Indonesia di Malaysia.
 
Timbalan Pengarah IPPH, Prof. Ir. Dr. Yus Aniza Yusof, berbesar hati menyambut ketibaan delegasi tersebut. Turut sama mewakili IPPH adalah Prof. Madya Ts Dr. Iskandar Ishak, Ketua Laboratori Polisi dan Pengurusan Halal dan Dr. Aida Azrina Azmi, pegawai penyelidik di IPPH.
 
Antara yang dibincangkan di dalam pertemuan ini adalah jalinan kerjasama penyelidikan antara kedua universiti di dalam penyelidikan pengurusan dan pengesahan halal menggunakan teknologi terkini. Turut dibincang adalah aktiviti yang berpotensi dijalankan bersama seperti penganjuran webinar bersama dan pertukaran staf dan pelajar di antara kedua universiti

Date of Input: 14/11/2023 | Updated: 15/11/2023 | fauzibosri

MEDIA SHARING

HALAL PRODUCTS RESEARCH INSTITUTE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691426
0389439745
SXEcAAV~