Serdang, 27 Oktober: IPPH menerima kunjungan hormat daripada 2 delegasi luar negara iaitu Universitas Hasanuddin dan Universitas Hamka, Indonesia. Delegasi daripada Universitas Hasanuddin terdiri daripada 6 orang yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Syahdar Baba, Timbalan Dekan, Fakultas Sains Haiwan, manakala delegasi daripada Universitas Hamka terdiri daripada 3 orang yang diketuai oleh Dr. apt Hariyanti, M.Si., Ketua Program Siswazah, Pendidikan Farmasi. Tujuan kunjungan hormat adalah untuk meneroka peluang kolaborasi di dalam bidang penyelidikan, pertukaran pelajar dan staf, dan kerjasama strategik dalam bidang khidmat komuniti. IPPH diwakili oleh Prof. Dr. Awis Qurni , Prof. Dr Yus Aniza, Prof. Madya Dr. Nor Ainy dan Prof. Madya Ts. Dr. Iskandar. |
Date of Input: 07/11/2023 | Updated: 15/11/2023 | fauzibosri
Universiti Putra Malaysia, Putra Infoport, 43400 UPM Serdang Selangor