Tajuk Acara
Bengkel Aplikasi Kemometrik dalam Analisis Data Raya bagi Penyelidikan Halal
Tarikh
30 Jul 2026 - 30 Jul 2026
Lokasi
Bilik Latihan, Laboratori Penyelidikan Sains Halal (LAPSAH)
Ringkasan Acara
Laboratori Perkhidmatan Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal (HPRI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan sukacitanya menjemput semua staf dan pelajar untuk menyertai Bengkel Aplikasi Kemometrik dalam Analisis Data Raya bagi Penyelidikan Halal, seperti ketetapan berikut:
Penceramah: Ts. Dr. Mohd Hafis Yuswan Mohd Yusoff
Tarikh: 30 Julai 2026 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Latihan, Laboratori Penyelidikan Sains Halal (LAPSAH), Institut Penyelidikan Produk Halal (HPRI), Universiti Putra Malaysia (UPM)
Yuran Penyertaan:
Pelajar: RM250 sahaja
Biasa: RM500
Mata CPD akan diberikan kepada staf UPM yang menyertai bengkel ini.
Sijil penyertaan elektronik (e-Sijil) turut disediakan.
Bengkel ini terbuka kepada semua staf, penyelidik dan pelajar UPM.
Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui e-mel di halalserviceslab@upm.edu.my.
Kami amat mengalu-alukan sokongan anda untuk berkongsi hebahan ini kepada rakan-rakan dan menggalakkan penyertaan penyelidik muda di dalam bengkel ini.
Terima kasih.

Kemaskini:: 15/07/2026 [anisahibrahim]
PERKONGSIAN MEDIA