UPM Serdang, 16 Julai – Para pelajar latihan industri dan siswazah, Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) telah mengadakan lawatan ilmiah ke Beryl’s Chocolate Factory dan Muzium Warisan Melayu, UPM. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar akan cara pemprosesan makanan berdasarkan konsep halal disamping memberikan kesedaran akan warisan Melayu di Malaysia.
Aktiviti lawatan yang dijalankan secara tahunan ini bertujuan memberi pendedahan secara terus kepada para pelajar yang bakal menghadapi suasana dan persekitaran bekerja di dalam industri halal khususnya disamping aktiviti luar ilmiah yang menanam penghayatan jati diri bangsa dalam diri para pelajar.
Program lawatan yang bermula seawal 8.30 pagi tersebut telah banyak memberi pengalaman dan maklumat berharga kepada para pelajar sekaligus mencapai objektif penganjuran lawatan dan berharap agar program lawatan seperti ini dapat diteruskan pada masa kelak.
Tarikh Input: 22/07/2019 | Kemaskini: 22/07/2019 | salehan
Universiti Putra Malaysia, Putra Infoport, 43400 UPM Serdang Selangor