Serdang, 09 Ogos 2022- Sempena pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Tahun 2022, untuk memastikan keterlibatan IPPH secara aktif , satu majlis pelancaran EKSA diperingkat PTJ telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IPPH , Professor. Ir . Dr. Yus Aniza Yusof pada 9 ogos 2022 lepas. Dalam ucapan pembukaan, beliau telah mengucapkan tahniah kepada semua pekerja di IPPH yang komited untuk melaksanakan EKSA yang telah tertangguh selama 2 tahun kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan pendemik Covid-19 sebelum ini. Di samping itu beliau turut menyeru agar pelaksanaan EKSA ini menerapkan idea yang kreatif dan inovatif melalui bahan kitar semula bagi menyokong hasrat universiti memperluaskan amalan hijau dan kempen penjimatan. Sebelum itu sesi penerangan perlaksanaan Eksa telah disampaikan oleh Dr. Noor Hamzani Farizan , fasilitator Eksa UPM dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan ,UPM. Majlis berakhir dengan acara memotong riben Bunting Pelancaran Eksa IPPH yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IPPH.
Tarikh Input: 18/08/2022 | Kemaskini: 19/08/2022 | salehan
Universiti Putra Malaysia, Putra Infoport, 43400 UPM Serdang Selangor