Event Title
Bicara Halal 2022
Date
26 Mar 2022 - 26 Mar 2022
Location
Auditorium Jurutera Radin Umar , Fakulti Kejuruteraan, UPM
Event Summary
Penganjuran Forum Bicara Halal di antara Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) dan Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS). Kerjasama juga berlangsung dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang dijadualkan pada hari Sabtu, 26 Mac 2022, bertempat di Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia.
OBJEKTIF PROGRAM
1 Memberi kefahaman dan kesedaran berkenaan konsep halalan toyyiban terhadap produk dan perkhidmatan.
2 Menerangkan keperluan pemerkasaan perlaksanaan agenda halalan toyyiban kepada generasi akan datang.
3 Memberi pengetahuan meluas tentang industri halal serta peranan mahasiswa dan belia dalam industri.
Updated:: 15/03/2022 [salehan]