Wabak COVID-19 yang melanda dunia telah memberi impak yang hebat kepada semua sektor pekerjaan di dunia. Antara sektor yang terlibat adalah seperti sektor ekonomi dan pertanian yang menjadi sumber utama kepada masyarakat. Oleh itu, Webinar 2.0 Forum on Halalan Toyyiban From Agricultural Perspective: Impact on Covid-19 And Way Forward telah dianjurkan oleh Laboratori Polisi dan Pengurusan Halal (LPPH). Webinar ini dianjurkan pada 9 September 2020 dari 10.00 pagi sehingga 12 tengah hari. Topik utama yang dibincangkan dalam webinar ini adalah tentang situasi terkini serta kesan pandemik ini terhadap sektor pertanian dan industri halal dan juga langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi kesan pandemik ini. Panel yang telah dijemput adalah Dr. Zul Edham Wagiman (Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar), Assoc. Prof. Dr. Rika Terano (pensyarah dari Tokyo University of Agriculture, Japan) dan juga En Mohamad Hafidz Arifin (pengarah urusan Afta Benefigs Sdn Bhd). Seramai 75 orang peserta dari luar dan dalam negara telah menyertai Webinar ini. |
Tarikh Input: 25/11/2020 | Kemaskini: 26/11/2020 | salehan
Universiti Putra Malaysia, Putra Infoport, 43400 UPM Serdang Selangor