LABORATORY OF HALAL POLICY AND MANAGEMENT (LPPH) | HALAL PRODUCTS RESEARCH INSTITUTE
» RESEARCH » LABORATORY OF HALAL POLICY AND MANAGEMENT (LPPH)

LABORATORY OF HALAL POLICY AND MANAGEMENT (LPPH)

Laboratori Polisi dan Pengurusan Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal, UPM adalah antara pusat penyelidikan utama dalam bidang polisi dan pengurusan halal. Ia memberi fokus kepada aktiviti-aktiviti penyelidikan yang ada hubungkait dengan pembangunan undang-undang, polisi, pengurusan dan pemasaran produk halal. Oleh yang demikian, isu-isu seperti fatwa, penyembelihan halal, urustadbir halal, pelaksanaan, liability produk, kualiti dan keselamatan, kepenggunaan, pemasaran dan pembangunan perniagaan adalah sebahagian daripada bidang penyelidikan yang diberi tumpuan di Laboratori ini. Objektif utama adalah memberi fokus kepada penyelidikan yang memberi impak terhadap penambahbaikan polisi dan pengurusan produk halal. Selain itu:-

  1. Menjalankan penyelidikan dalam bidang-bidang utama seperti syariah, undang-undang, polisi, pengurusan pemasaran produk halal. 
  2. Menyebarkan penemuan-penemuan penyelidikan kepada pembuat polisi halal, pihak berkuasa agama, pihak industri halal, usahawan dan pengguna.
  3. Membangunkan Sistem Kualiti Islam (IQS) yang membantu memudahkan perniagaan produk halal.

Updated:: 26/04/2017 [salehan]

MEDIA SHARING

C1506462586