UPM, Muslim Best Meterai MoU Perkasa Produk Halal | HALAL PRODUCTS RESEARCH INSTITUTE
» NEWS » UPM, Muslim Best Meterai MoU Perkasa Produk Halal

UPM, Muslim Best Meterai MoU Perkasa Produk Halal





Institut Penyelidikan Produk Halal Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pengilang makanan bumiputera, Muslim Best Marketing (M) Sdn. Bhd. memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk memperkasakan industri berkenaan di negara ini.
Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Aini Ideris berkata, industri halal kini semakin mendapat sambutan dan diterima oleh banyak pihak termasuk daripada masyarakat bukan Islam yang meyakini kualiti serta keselamatan produk halal.

“Produk halal bukan ha­nya untuk orang Islam, malah boleh digunakan semua lapisan masyarakat tanpa mengira soal agama dan bangsa. Rata-ratanya memilih produk halal kerana kualiti, kebersihan dan keselamatannya yang lebih terjamin.“MoU ini juga secara tidak langsung memberi peluang kepada pelajar-pelajar bidang industri makanan di UPM belajar mengenai kepentingan produk halal dan keperluannya dalam masyarakat hari ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani MoU antara UPM dan Muslim Best di UPM, Serdang, dekat sini.

 

Aini menandatangani MoU tersebut mewakili UPM sementara Muslim Best diwakili oleh Presidennya, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad.Yang turut hadir, Timbalan Presiden Muslim Best, Datuk Nik Izani Nik Ibrahim dan Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Yazid Abd. Manap.Dalam pada itu, Sheikh Ahmad Dusuki berkata, kerjasama Muslim Best dengan UPM adalah penting untuk menjana lebih banyak pengeluaran produk halal, sekali gus menarik minat para pemain industri untuk membuat pelaburan di negara ini.

 

“Menerusi kerjasama ini, produk halal keluaran tempatan boleh dipasarkan di luar negara secara meluas berdasarkan pengiktirafan antarabangsa dan penerimaan yang menggalakkan.“UPM juga mempunyai kemudahan yang bersesuaian untuk membolehkan Muslim Best atau mana-mana syarikat produk halal untuk melakukan analisis dan kajian makanan halal sebelum dipasarkan,” ujarnya.

 

Kata beliau lagi, Muslim Best menyasarkan pasaran produk­nya ke negara luar seperti Jepun, United Kingdom, Indonesia, Thailand dan negara-negara Asia Barat pada awal Februari depan.Antara produk makanan halal yang dikeluarkan oleh Muslim Best adalah seperti mi segera, biskut, kerepek kentang, jus buah-buahan dan air minuman osmosis.


*Sumber Utusan Malaysia


Updated:: 28/02/2017 [salehan]

MEDIA SHARING

HALAL PRODUCTS RESEARCH INSTITUTE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471426
0389439745
C1512976550