Bangi , 16 Oktober: Institut Pnyelidikan Produk Halal dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Seminar Undang Undang Pentadbiran Harta Pusaka Islam Malaysia 2014 (SUPPHI 2014). Seminar tersebut telah berlangsung selama 2 hari bermula 15-16 Oktober bertempat di Dewan Al Ghazali, Institut latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi Selangor. Seminar tersebut mengupas isu penting perundangan berkaitan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka Islam (faraid) di Malaysia. Penganjur telah menjemput beberapa tokoh negara yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perundangan termasuk mereka yang terlibat secara langsung dalam pentadbiran harta pusaka Islam di Malaysia.
Date of Input: | Updated: | salehan
Universiti Putra Malaysia, Putra Infoport, 43400 UPM Serdang Selangor