Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) telah menerima 5 orang pelajar mobiliti (inbound) dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam baru-baru ini. Pelajar siswazah ini terdiri daripada seorang pelajar PhD, seorang pelajar master secara Penyelidikan, dan 3 orang pelajar master secara Kerja Kursus dan Disertasi. Penasihat program dan juga Timbalan Pengarah, Institut Penyelidikan produk Halal (IPPH), Prof. Madya Dr. Nitty Hirawaty Kamarulzaman berharap program ini dapat memberi pengetahuan dan pengalaman baharu berkaitan industri halal di Malaysia dan Brunei. “Kepada pelajar siswazah mobiliti saya berharap dengan pendedahan yang lebih meluas dalam bidang halal ini dapat menyuntik semangat para pelajar untuk terus mengkaji dan mendalami ilmu berkaitan halal di antar kedua-dua negara,” katanya. Program yang berlangsung selama 14 hari bermula dari 29 September sehingga 13 Oktober 2019 telah bertempat di Institut Penyelidikan Produk Halal dan dalam kampus Universiti Putra Malaysa (UPM) Serdang. Program yang dijalankan ini diharap dapat memberi idea dan pengalaman baharu dalam memperkasa industri halal diantara kedua-dua negara.
Date of Input: 14/10/2019 | Updated: 14/10/2019 | salehan
Universiti Putra Malaysia, Putra Infoport, 43400 UPM Serdang Selangor